Siap Sedialah, IP adress anda telah dikenalpasti..!
TINDAKAN TEGASS TERHADAP RAKYAT ASING YANG BERNIAGA - malaysianinsider
>> Rabu, 24 Februari 2010
dipetik dari : kah kah kah
YANG INI NAMPAK kah ?

Muhyiddin Yassin hari ini meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap rakyat asing yang didapati menjalankan perniagaan.
Beliau turut memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadap peniaga tempatan yang memajak atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada rakyat asing kerana tindakan itu akan menjejaskan sumber pendapatan peniaga tempatan lain.
“Ini kerana ada maklumat yang diterima mengatakan rakyat asing mengambil tempat perniagaan rakyat tempatan di pasar malam, di pasar seperti di Chow Kit dan tempat-tempat lain di seluruh negara.
... KENAPA BERANI PUKUL MEREKA YANG LEMAH... KALAU HEBAT PUKUL LAH PEMODAL ANTARABANGSA...
KAH KAH KAH...
woit.... BIAR BETUL NI.... kah kah kah..
woit... KALAU BETUL INI SUDAH BAIK.... kah kah kah..
woit... KALAU BETUL ... MEMANG WAJIB DI JADIKAN PM.... kah kah kah...
kah kah kah.... INI SERUAN NASIONALIS....kah kah kah..
woit... INI TUNTUTAN DARI JIWA RAKYAT.... kah kah kah..
TAPI!!!! >> baca lagi <<
Read more...
Malaya Menuju Kemunduran
>> Ahad, 21 Februari 2010
petikan email yang saya terima:
email 1:-
Salaam ikhwah sekalian...bidang perubatan kita menuju kemanakah???
Sejak kebelakangan ini isu bajet urusan sekolah dipotong menjadi isu yang hangat. Tapi tahukah antum hakikatnya lebih teruk lagi. Bajet perubatan juga turut dipotong. Bajet ubatan untuk klinik kesihatan dipotong dengan begitu banyak (ana tak pasti bape juta) sehinggakan doktor2 di klinik (including zaujah ana) risau akan tahap kesihatan penduduk di kawasan pedalaman. Jika bajet ubatan habis, mereka terpaksa prescribe pada patient dan beli sendiri di farmasi. Kebanyakan bajet yg dipotong disalurkan kepada Klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia tidak menyediakan ubatan. Klinik ini hanya menyediakan servis pada penduduk setempat sahaja. Itu perihal pendidikan dan ubatan, ana percaya ada sektor lain juga yang bajet mereka dipotong sehingga boleh menyusahkan rakyat. Wallahu a'lam.
email 2:-
Saya fikir bukan hanya yuran makan naik, tetapi belanja mengurus sekolah pun dah banyak kena potong, bil air letrik dsb. Selain itu, ada juga sekolah yang belum lagi mendapat wang mengurus untuk tahun ini, sekarang dah Feb 2010.Ke MANA ???
Kalaulah tujuan adalah untuk 'berjimat', bayangkan berapa banyak wang dapat 'dijimatkan'? Cuba kira berapa bilangan sekolah di Malaysia? Dan, cuba kira berapa bilangan pelajar di malaysia?Kemana wang itu?
email 3:-
Apa beza dulu dengan sekarang... dulu abah kita bayar tax, kita sekarang bayar tax... dulu setiap pelajar cemerlang dijanjikan biasiswa (ada dalam konstitusi), sekarang kena hutang... dulu abah bayar cukai sikit, kita bayar lebih dari sebulan gaji... dulu abah gaji 13 bulan, sekarang kita ?...
memang zaman dah berubah, memang mampu bayar, tapi apa hak warga sebenarnya... duit diguna untuk apa? jalan kena bayar tol, rumah ada cukai pintu dan cukai tanah... so dont talk about mampu tak mampu... cerita sikit apa hak2 yg termaktub dalam konstitusi yang kita sebagai warga patut nikmati... kita bayar cukai ni in returns of what? security? free education? or apa?
Islam4peace : Alhamdulillah, Pengambaran 'Jejak Aulia' Berjaya!
>> Sabtu, 20 Februari 2010

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengizinkan dan memberikan bantuanNya sehingga segala yang dirancang semalam berjalan dengan lancar. Hasil idea Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir, pengambaran untuk rancangan terbaru yang dirancang oleh islam4peace.net, 'Jejak Aulia' telah dilangsgungkan semalam.
Bermula jam 8.00 pagi, krew islam4peace dan beberapa orang sahabat lain bertolak dari Rumah Kedah Baru, Hayyu Sabiek menuju ke beberapa makam sekitar Darasah, Hayyu Syafie dan Jabal Muqattam. Pengambaran yang tidak seberapa ini dapat dijalankan dengan lancar hasil kerjasama krew dan semua sahabat yang terlibat dan tidak lupa juga kepada Ammu 'Azim yang sangat spotting dan sanggup membawa kami ke mana sahaja tanpa sebarang keluhan. Terima kasih semua.
>> baca lagi <<
Monopoli gula wujudkan empayar Robert Kuok
>> Jumaat, 19 Februari 2010
Oleh : Kunta Kinte
MINGGU lepas Kunta Kinte cakap pasal kapitalis Cina dan India yang jadi kaya raya atas bantuan kerajaan, tapi orang Melayu tak tahu. Orang Melayu ditanam dengan pendapat yang orang Cina pandai berniaga.Dia dah lama pindah ke Hong Kong. Sejak dua tiga tahun ini pula, dia jual atau tarik keluar banyak pelaburan dia di Malaysia. Anak-anak dan suku sakat dia pun tak lagi rapat dengan Malaysia macam dia atau mendiang bapa dia, Kuok Keng Kang.
>> baca lagi <<
Read more...
بيان المقصود على من احتج بحديث ابن مسعود
>> Selasa, 9 Februari 2010
Saya mulanya berbual dengan seorang rakan yang mengakui 'tabligh' dan 'wahabi'. Sedikit terkejut kerana tidak pernah saya jumpa orang wahabi mengaku wahabi. Biasanya mengaku salafi sahaja. Dan terkejut juga kerana wahabi dan tabligh musuh ketat, bagaimana yang menuduh tabligh ahli bidaah boleh bekerjasama dengan ahli bidaah tersebut? Yang dituduh terlalu pemaaf, saya tak hairankan kerana saya juga pernah 'josh' tabligh beberapa ketika dahulu.
Rakan tersebut ada mengatakan "sahabat Nabi SAW juga memarahi orang yang berzikir beramai-ramai" dan saya hairan. Saya minta dibawakan bukti, dan beliau bawakan hadis Ibnu Mas'ud yang akan diulas nanti. >> Baca Lagi <<
al-Fatihah Untuk Sopuriah
>> Khamis, 28 Januari 2010
"Di antara orang mukmin itu, ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan untuk dipersembahkan kepada Allah….." al-Ahzab:23
"Assalamualaikum Aji" Pemanggil menangis. Suara seorang wanita yang tidak dapat aku pastikan siapa.
"Waalaikumussalam. Siapa di sana"
Aku menjawab lalu memerhatikan skrin telefon bimbitku, motorolla C113, yang pernah digunakan arwah kakakku tahun lepas. Selepas beliau kemalangan yang membawa kepada kematiannya beberapa ketika sebelum aku menduduki SPM, kemudiannya aku pula selesai menduduki peperiksaan SPM, aku menggunakan telefon tersebut.
Nombor pemanggil berawalan 04 menandakan pemanggil dari utara semenanjung. Tapi siapa?
>> Baca Lagi <<
Read more...
AJL
>> Jumaat, 22 Januari 2010
Anugerah Juara Lagu 24
Safar 1431H Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com. my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
Adakah ini satu kebetulan?2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
* ketika persembahan Jeffry dinKenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.Dan apa pula ini?
Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
Istimewa 2010 (edit-baca lagi)
>> Rabu, 30 Disember 2009
Detik-Perjuangan 2010 Annual Planner [4.4 MB file pdf]
(dapatkan pdf reader di sini sumbangan ADOBE)
lain-lain 2010 :-
Gerhana Bulan Separa 1 Januari 2010
Gerhana Matahari 15 Januari 2010
2012 ?? : lambat lagi daa... >> baca lagi <<






