Photobucket
Google Detik Perjuangan

Perkongsian Fikrah

Siap Sedialah, IP adress anda telah dikenalpasti..!

IP

بيان المقصود على من احتج بحديث ابن مسعود

>> Selasa, 9 Februari 2010

Saya mulanya berbual dengan seorang rakan yang mengakui 'tabligh' dan 'wahabi'. Sedikit terkejut kerana tidak pernah saya jumpa orang wahabi mengaku wahabi. Biasanya mengaku salafi sahaja. Dan terkejut juga kerana wahabi dan tabligh musuh ketat, bagaimana yang menuduh tabligh ahli bidaah boleh bekerjasama dengan ahli bidaah tersebut? Yang dituduh terlalu pemaaf, saya tak hairankan kerana saya juga pernah 'josh' tabligh beberapa ketika dahulu.

Rakan tersebut ada mengatakan "sahabat Nabi SAW juga memarahi orang yang berzikir beramai-ramai" dan saya hairan. Saya minta dibawakan bukti, dan beliau bawakan hadis Ibnu Mas'ud yang akan diulas nanti. >> Baca Lagi <<

Saya memohon maaf kerana tidak dapat mengkaji matan dan syarah hadis tersebut kerana kekurangan alat (kitab). Justeru saya mengguna internet bagi membantu mengkaji hadis tersebut.

Peringatan buat saya dan pembaca, rujukan internet bukanlah sumber muktamad, hanya membantu memudahkan dan memang sangat memudahkan.

Boleh rujuk di sini:-
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/137
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=1677

Pendakwaan mengguna hadis Ibnu Mas'ud banyak di internet. Cari sahaja "zikir + Ibnu Mas'ud" di enjin pencarian Google. Namun, menghairankan saya, nuskhah internet bagi pihak yang mendakwa banyak sungguh percanggahan maksud hadis, ada yang terjemahkan hadis dengan begini ada yang begitu, seolah-olah berbeza hadisnya. Atau menunjukkan penterjemah tak amanah menterjemahkan hadis? Jika kerana tidak amanah, adakah orang yang tak beramanah boleh diambilkira hujah mereka?

Ada disebutkan dalam dua pautan di atas tersebut atau lainnya bahawa hadis Ibn Mas'ud tersebut menegur golongan khawarij yang berpura-2 ibadah. Kenyataan ini mengingatkan saya kepada suatu pembacaan saya yang seumpama ini sebelum ini, iaitu bukanlah ditegur berzikir atau berzikir berjemaah tetapi ditegur sikap kepura-puraan mereka yang telah jelas. Apakah sikap? Mengitlakkan sifat khawarij kepada sesama saudara seugama?

Namun, kesahihan hadis tersebut dipertikaikan. Sanadnya dikatakan soheh oleh Syeikh al-albany tetapi ulamak lain pertikaikan sanadnya. Bukanlah ad-Darimi yang mengatakan ianya soheh! Harap berhati-hati. Di dalam sanad tersebut ada seseorang yang ditolak riwayatnya.

Ini diperkukuhkan dengan isyarat yang diberikan oleh Imam Suyuti dalam "al-Hawi lil Fatawi" bahawa hadis tersebut perlu diteliti sanadnya. Secara yaqin saya merujuk kitab yang saya miliki memang ada isyarat ini! Menunjukkan Imam Suyuti tidak berhujjah dengan dalil ini kerana hadis tersebut terlalu lemah dan mengisyaratkan lemahnya hadis tersebut dengan menggesa supaya menilai kembali hadis itu.

Saya juga menjumpai suatu laman golongan yang mendakwa di internet, setelah ditolak kesahihan hadis Ibnu Mas'ud tersebut, beliau tidak mendatangkan hujjah bagi membatalkan hujah pihak lawan tetapi merujuk kepada hadis lain pula, seolahnya mengakui memang benar hadis tersebut tak soheh seperti yang dipertikaikan ramai ulamak hadis yang lain.

Jika benar sekalipun hadis tersebut sampai kepada perlakuan Ibn Mas'ud, hadis tersebut terlalu bercanggah dengan hadis soheh dari nabi SAW yang saya sebutkan dan senaraikan di bawah. Adakah mahu mengikut Ibn Mas'ud dan menolak kalam Rasulullah? Saya akan ceritakan nanti bagaimana MUNGKIN terjadi sahabat Nabi SAW boleh berbeza pendapat dengan Nabi SAW secara tak sedar.


Dalil menunjukkan boleh berzikir berjemaah:

hadis qudsi riwayat al-Bukhari dari Abi Hurairah : "AKU seperti sangkaan hambaKU padaKU....jika dia menyebutKU dalam satu kelompok perhimpunan AKU menyebut namanya dalam kelompok yg lebih baik" (dot dot menunjukkan dipendekkan hadis)

Riwayat Muslim, Turmuzi dan Nasaie dari Muawiyah : suatu ketika Rasulullah SAW keluar menuju ke satu kumpulan sahabat baginda lalu bertanya "apa sebab kamu duduk berhimpun ini?" kami duduk mengingati Allah....Allah mengutus bagi kamu malaikat. (dot dot menunjukkan dipendekkan hadis) di dalam hadis lain mengatakan nama malaikat tersebut "sayyarah".

Diriwatkan Muslim dan Hakim dari Abu Hurairah tentang malaikat sayyarah yang diutuskan oleh Allah kepada majlis zikir di bumi, kemudian mereka melaporkan apa yang mereka jumpa dan berdialog dengan Allah apa yang diminta mereka dan ditakuti oleh mereka.

Hadis-hadis ini saya riwayatkan dengan makna.

Dan beberapa hadis lagi, cukuplah ini dahulu bagi membuktikan Rasulullah SAW juga menyokong majlis zikir secara berjemaah.

Hadrat Umar (yang didakwakan kisah tersebut dalam riwayat Ibn Abi Syaibah-belum dikaji-), Ibnu Mas'ud dan Abu Musa MUNGKIN tidak mengetahui hadis kebenaran Rasulullah terhadap majlis zikir ini kerana di zaman tersebut hadis belum dihimpunkan. Oleh itu tidak mustahil perkara tersebut berlaku, seperti yg diceritakan bahawa Ibn Abbas awalnya membenarkan kahwin mutaah sehingga sampai kepada beliau hadis yang melarang nikah mutaah barulah beliau rujuk kembali pandangannya.

Allah A'lam

panglimakhalid[di]putera[dot]com



Rujukan :

Taj Jamiek lil-Usul Fi Ahadis Sayyidina arRasul SAW : Syeikh Mansur Ali Nasif al-Husaini : Hadiah Soutul-Azhar

Al-Hawi lil-Fatawi : Imam Suyuti : Darul Fikr 2004

Al-Bayan al-Qawim : Maulana Nuruddin Ali Jumaah : al-Sundus 2006

Rasail Hammah wa Mabahis Qayyimah : Syeikh Nuruddin Banjari : Ma'had az-Zein al-Makki 2007

0 comments:

Catat Ulasan

Photobucket

Senarai Blog

Blog List

BADAR KISAS

Yahoogroups Alumni Kolej Islam

Senarai Blog

Bloggers Blogs


  © Blogger template Limau Manis by AJI-UTK

Back to TOP