Photobucket
Google Detik Perjuangan

Perkongsian Fikrah

Siap Sedialah, IP adress anda telah dikenalpasti..!

IP

Istimewa 2010 (edit-baca lagi)

>> Rabu, 30 Disember 2009

Tawaran Muat Turun Perancangan Tahunan : Annual Planner [2010]

Detik-Perjuangan 2010 Annual Planner [4.4 MB file pdf]
(dapatkan pdf reader di sini sumbangan ADOBE)


lain-lain 2010 :-
Gerhana Bulan Separa 1 Januari 2010

Gerhana Matahari 15 Januari 2010


2012 ?? : lambat lagi daa... >> baca lagi <<

Read more...

Etika Menulis dan ber'BLOG'

>> Selasa, 22 Disember 2009

sebagai panduan kita, kami petik dari dua blog lain (IR Farahdina dan Zhuliana) kerana kami sendiri tak sempat menulis (-,-)
>> baca lagi <<

Read more...

Selamat Tahun Baru Hijriyyah 1431

>> Khamis, 17 Disember 2009



Credit to Bro Annamir Putera.com for your nice pict and I Love Islam tapi kena edit sikit sebab gambar tu untuk 1430, sekarang 1431...

Menurut laman web Islamic Finder,17 December 2009 bersamaan hari khamis 30 Dzulhijjah 1430. Ini bermakna Jumaat 18 Disember 2009 merupakan 1 Muharram 1431. Bagi yang berhasrat untuk berdoa akhir tahun dipersilakan pada asar nanti sebelum masuknya Waktu Maghrib. Selepas masuk Waktu Maghrib untuk berdoa awal tahun. untuk yang menafikan pensyariatan berdoa saya mengatakan doa adalah dituntut pada setiap masa, tak salah kita nak berdoa sebelum dan selepas masuk waktu maghrib. Semoga tahun hadapan adalah lebih baik dari tahun-tahun yang telah berlalu.

juga tak dilupakan sahabat-sahabat yang telah dan akan berkahwin, selamat mendirikan rumah tangga bahagia. didoakan semoga berbahagia sehingga ke syurga... >> Baca Lagi <<

Read more...

Parti Oren...Oren Untuk Detik Perjuangan..!

>> Ahad, 13 Disember 2009

   Warna oren, iaitu warna kita bersama. Bukan biru muda PKR, bukan merah DAP dan bukan hijau PAS.

   Logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama menggambarkan ketiga-tiga entiti, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party/DAP) berpakat dan bermusyawarah dalam semangat bersepakatan untuk memperjuang, menjaga dan memelihara konsep kenegaraan Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan 1957, yang dilambangkan dengan bunga raya berkelopakkan lima kumpulan bangsa menjunjung perlembagaan berteraskan lima prinsip Rukun Negara. Warna oren melambangkan api dan semangat juang yang sentiasa membara sesama ahli parti dalam Pakatan Rakyat .

sedutan penuh di >> sini <<

p/s : macam mata sharingan sasuke jer..cuma warna oren...

Read more...

PERSEDIAAN MENGHADAPI 2012

>> Sabtu, 12 Disember 2009


Pendahuluan :
    Dunia digemparkan dengan filem baru yang masih hangat rasanya di pasaran iaitu 2012. Filem ini diarahkan oleh Roland Emmerich yang mana penulis skripnya juga adalah beliau bersama-sama dengan Harald Kloser. Filem ini telah menarik minat pelbagai pihak untuk memberikan ulasan serta pandangan dari pelbagai sudut. Sudut Freemason juga disentuh tetapi saya lebih berminat untuk pergi lebih jauh dari itu. Tidak ketinggalan timbul sedikit keriuhan apabila sebilangan pihak kurang bersetuju dengan pandangan sesuatu pihak yang mengharamkannya daripada ditayangkan.
    Suka saya menyentuh barang sedikit isu pengharaman filem ini. Kita semua maklum bahawa yang boleh menentukan hukum sesuatu samada halal atau haram hanyalah Allah SWT. Manusia tidak berhak menghalalkan sesuatu atau mengharamkannya kerana manusia buklanlah Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ulamak Dan Masyarakat :
>> Baca Lagi <<


Read more...

Mendoakan Kemusnahan Umno Dan PM dibandingkan dengan Najis Ideologi Sekular, Yang Mana Lagi Hina?

>> Rabu, 2 Disember 2009

 dipetik dari sini

Salam. Hasrat ingin tidur terhenti seketika setelah membaca laporan buletin yang terkenal dengan berita yang penuh kehairanan, Berita Harian. Tertulis di situ bahawa tokoh agama di Malaysia mengkritik Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) berkenaan kenyataan TGNA berkenaan doanya agar masa depan PM dan kerajaan UMNO-BN musnah.

Dengan memetik kenyataan dari tokoh agama yang kita kira boleh dibaca apa yang akan dikomen oleh mereka itu, kenyataan TGNA itu dianggap seperti satu dosa besar yang menyamai syirik serta boleh terbatal iman TGNA. Bagi orang yang mudah ditipu dan kurang berfikir berlandaskan ilmu, maka tertipulah mereka dulu kini dan selamanya.

Saya ingin komen isu ini dari beberapa perkara. Berkenaan komen seorang tokoh agama bahawa tidak boleh mendoakan kemusnahan bagi orang Islam hatta orang kafir kecuali kafir harbi. Saya berdoa semoga beliau membuat satu kenyataan panjang yang jelas cuma tidak disiarkan sepenuhnya agar menjaga kepentingan orang tertentu.

>> Baca Lagi <<

Read more...

pembetulan terhadap 'pemberian daging korban'

>> Isnin, 30 November 2009

didalam kitab 'hasyiah baijuri' , menyatakan Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitab majmu3 kelonggaran memberikan daging qurban kepada kafir zimmi, namun pendapat ini marjuh, manakala yang rojeh dan lebih kuat dan yang muktamad dalam mazhab syafie sekarang adalah tidak boleh secara mutlak kafir zimmi mahupun harbi. pandangan ini diambil dari nas Imam Syafie yang diriwayatkan oleh murid beliau al-buwayti dan disokong pula oleh Imam Azra3ie dan Syabramulisi.

saya memohon maaf atas kesilapan maklumat sebelum ini..namun pendapat itu benar-benar ada cuma bukan yang muktamad. bagi kita sebagai orang awam mengambil hanya yang muktamad dalam mazhab sebagai pegangan, bukan yang marjuh.

kitab hasyiah baijuri merupakan kitab yang agak mutakhir yang menghimpunkan pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafie...

sekali lagi saya memohon maaf..

panglimakhalid[@]putera.com

Read more...

memberikan daging korban

>> Ahad, 29 November 2009


digalakkan keatas orang yang melaksanakan qurban mensedekahkannya keseluruhan melainkan sedikit untuk dirasainya sebagai mengambil berkat "tabarruk" . manakala dalam nas al-Quran menyuruh (baca: menggalakkan) supaya dibahagikan dua iaitu sebahagian dimakan dan sebahagian disedekahkan. pembahagian kepada 3 bahagian sepertiga dimakan dan dua pertiga disedekahkan saya tidak pasti dari mana pandangan ini diambil, namun memang wujud pandangan ini dan agak kuat hujjahnya.

itu adalah sekiranya daging korban itu merupakan sembelihan sunat (tatowwu3 / mandub). jika sembelihan wajib ditegah memakannya seperti seseorang yang telah bernazar melakukan ibadah korban maka korban menjadi wajib bagi dirinya dan dia diharamkan memakan korban yang dilaksanakannya itu.

mensedekahkan daging korban kepada orang kafir dibolehkan dengan dua syarat, korban itu bukan korban wajib dan kafir itu bukan kafir harbi (kafir yang memerangi Islam). Kafir harbi secara mudahnya untuk difahami ialah kafir yang sedang berada di medang pertempuran bagi menghapuskan Islam. kafir yang tidak berada di medan tempur adalah terpelihara darah mereka seperti pesan Nabi SAW kepada para tentera agar jangan membunuh rahib di gereja, wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang uzur kerana kebiaaan bagi mereka adalah tidak menyertai peperangan melainkan jika mereka juga memegang senjata untuk memerangi Islam maka mereka adalah pasukan tentera kafir yang boleh dibunuh.

oleh itu, dibolehkan, namun ulamak mazhab berbeza pandangan. Imam Malik mengatakan ianya makruh, begitu juga asy-syafie. namun kesemuanya sepakat korban yang wajib adalah dilarang disedekahkan kepada orang kafir.

++
korban juga menjadi wajib jika di-ta3yin-kan atau mengkhususkan seekor haiwan itu untuk dikorbankan. contohnya Fulan menunjukkan kepada kambing yang diikat di pagar rumahnya dan mengatakan "kambing itu akan aku korbankan hari raya nanti" maka wajib baginya menyembelih kambing itu, dan haram dimakannya dagingnya. namun jika ada beberapa ekor, dikatanya hanya salah satu dari tiga itu akan dikorbankan maka itu bukanlah ta3yin.

Allahu a'lam.
panglimakhalid[@]putera.com

Read more...

Salam Eidul Adha


Read more...

kullu am wa antum bikhair..

>> Rabu, 23 September 2009

selamat hari raya, semua! ^_^

Read more...

Kemenangan atau Mati Syahid?

>> Isnin, 14 September 2009


Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyah.

Read more...
Photobucket

Senarai Blog

Blog List

BADAR KISAS

Yahoogroups Alumni Kolej Islam

Senarai Blog

Bloggers Blogs


  © Blogger template Limau Manis by AJI-UTK

Back to TOP