Photobucket
Google Detik Perjuangan

Perkongsian Fikrah

Siap Sedialah, IP adress anda telah dikenalpasti..!

IP

pembetulan terhadap 'pemberian daging korban'

>> Isnin, 30 November 2009

didalam kitab 'hasyiah baijuri' , menyatakan Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitab majmu3 kelonggaran memberikan daging qurban kepada kafir zimmi, namun pendapat ini marjuh, manakala yang rojeh dan lebih kuat dan yang muktamad dalam mazhab syafie sekarang adalah tidak boleh secara mutlak kafir zimmi mahupun harbi. pandangan ini diambil dari nas Imam Syafie yang diriwayatkan oleh murid beliau al-buwayti dan disokong pula oleh Imam Azra3ie dan Syabramulisi.

saya memohon maaf atas kesilapan maklumat sebelum ini..namun pendapat itu benar-benar ada cuma bukan yang muktamad. bagi kita sebagai orang awam mengambil hanya yang muktamad dalam mazhab sebagai pegangan, bukan yang marjuh.

kitab hasyiah baijuri merupakan kitab yang agak mutakhir yang menghimpunkan pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafie...

sekali lagi saya memohon maaf..

panglimakhalid[@]putera.com

Read more...

memberikan daging korban

>> Ahad, 29 November 2009


digalakkan keatas orang yang melaksanakan qurban mensedekahkannya keseluruhan melainkan sedikit untuk dirasainya sebagai mengambil berkat "tabarruk" . manakala dalam nas al-Quran menyuruh (baca: menggalakkan) supaya dibahagikan dua iaitu sebahagian dimakan dan sebahagian disedekahkan. pembahagian kepada 3 bahagian sepertiga dimakan dan dua pertiga disedekahkan saya tidak pasti dari mana pandangan ini diambil, namun memang wujud pandangan ini dan agak kuat hujjahnya.

itu adalah sekiranya daging korban itu merupakan sembelihan sunat (tatowwu3 / mandub). jika sembelihan wajib ditegah memakannya seperti seseorang yang telah bernazar melakukan ibadah korban maka korban menjadi wajib bagi dirinya dan dia diharamkan memakan korban yang dilaksanakannya itu.

mensedekahkan daging korban kepada orang kafir dibolehkan dengan dua syarat, korban itu bukan korban wajib dan kafir itu bukan kafir harbi (kafir yang memerangi Islam). Kafir harbi secara mudahnya untuk difahami ialah kafir yang sedang berada di medang pertempuran bagi menghapuskan Islam. kafir yang tidak berada di medan tempur adalah terpelihara darah mereka seperti pesan Nabi SAW kepada para tentera agar jangan membunuh rahib di gereja, wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang uzur kerana kebiaaan bagi mereka adalah tidak menyertai peperangan melainkan jika mereka juga memegang senjata untuk memerangi Islam maka mereka adalah pasukan tentera kafir yang boleh dibunuh.

oleh itu, dibolehkan, namun ulamak mazhab berbeza pandangan. Imam Malik mengatakan ianya makruh, begitu juga asy-syafie. namun kesemuanya sepakat korban yang wajib adalah dilarang disedekahkan kepada orang kafir.

++
korban juga menjadi wajib jika di-ta3yin-kan atau mengkhususkan seekor haiwan itu untuk dikorbankan. contohnya Fulan menunjukkan kepada kambing yang diikat di pagar rumahnya dan mengatakan "kambing itu akan aku korbankan hari raya nanti" maka wajib baginya menyembelih kambing itu, dan haram dimakannya dagingnya. namun jika ada beberapa ekor, dikatanya hanya salah satu dari tiga itu akan dikorbankan maka itu bukanlah ta3yin.

Allahu a'lam.
panglimakhalid[@]putera.com

Read more...

Salam Eidul Adha


Read more...
Photobucket

Senarai Blog

Blog List

BADAR KISAS

Yahoogroups Alumni Kolej Islam

Senarai Blog

Bloggers Blogs


  © Blogger template Limau Manis by AJI-UTK

Back to TOP