Photobucket
Google Detik Perjuangan

Perkongsian Fikrah

Siap Sedialah, IP adress anda telah dikenalpasti..!

IP

PERSEDIAAN MENGHADAPI 2012

>> Sabtu, 12 Disember 2009


Pendahuluan :
    Dunia digemparkan dengan filem baru yang masih hangat rasanya di pasaran iaitu 2012. Filem ini diarahkan oleh Roland Emmerich yang mana penulis skripnya juga adalah beliau bersama-sama dengan Harald Kloser. Filem ini telah menarik minat pelbagai pihak untuk memberikan ulasan serta pandangan dari pelbagai sudut. Sudut Freemason juga disentuh tetapi saya lebih berminat untuk pergi lebih jauh dari itu. Tidak ketinggalan timbul sedikit keriuhan apabila sebilangan pihak kurang bersetuju dengan pandangan sesuatu pihak yang mengharamkannya daripada ditayangkan.
    Suka saya menyentuh barang sedikit isu pengharaman filem ini. Kita semua maklum bahawa yang boleh menentukan hukum sesuatu samada halal atau haram hanyalah Allah SWT. Manusia tidak berhak menghalalkan sesuatu atau mengharamkannya kerana manusia buklanlah Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Ulamak Dan Masyarakat :
>> Baca Lagi <<



Namun sepanjang tempoh hayat Baginda Nabi SAW menjadi nabi dan rasul, menyampaikan risalah Islam, Baginda telah mendidik para sahabat dengan kefahaman konsep asas dan kaedah-kaedah penting dalam agama. Sehinggakan ada ulamak berpandangan bahawa hasil didikan nabi itu menjadikan sahabat Baginda semuanya mujtahid dan kalam serta perbuatan mereka menjadi sandaran. (*sahabat di sini adalah takrif sahabat yang sebenar iaitu yang bertemu dan beriman dengan Nabi SAW dan terus istiqamah sehingga meninggal dunia).
    Ilmukefahaman Islam inilah yang diwarisi dari generasi ke generasi secara Talaqqi bertemu muka antara guru dengan murid yang menatijahkan kefahaman dalam diri murid yang dibimbing secara langsung dengan diteliti oleh guru. Itulah kepentingan Talaqqi berbanding mendapat pengetahuan dari pembacaan yang hanya membuahkan maklumat tanpa kefahaman mendalam serta kemahiran menganalisis dengan tepat dan teliti. Sebagai contoh mudah, seseorang yang mahu belajar memasak dan tidak mempunyai pengalaman mahupun kemahiran memasak, tidak mungkin mendapat kemahiran memasak hanya dengan menghadap buku resepi tetapi perlu diberikan tunjuk ajar dari guru memasak.
    Kefahaman Islam tersebut memberikan kelebihan kepada pemiliknya bagi meneliti perkara-perkara baharu yang tidak disentuh syarak samada di dalam al-Quran mahupun Hadis Nabi SAW. Tujuannya hanyalah untuk membawa manusia yang juga mukallaf seluruhnya supaya dapat mentaati Allah 100%. Bagi mentaati Allah 100% maka perlulah mengelakkan perkara yang diharamkan yangmana mungkin juga perkara baharu itu adalah perkara maksiat. Jika perkara baharu itu bukan perkara maksiat bahkan perkara yang dibenarkan, maka ulamak akan membenarkannya supaya manusia dapat hidup dengan mudah dan mengambil manfaat dari perkara baharu tersebut.
    Maka dengan sebab kefahaman yang kukuh itulah, sebahagian ulamak dari beberapa tempat di dunia ini berpandangan filem itu perlu diharamkan dan ditegah dari ditayangkan. Bukannya mereka adalah tuhan tetapi mereka khuatirkan masyarakat awam dan mereka lebih memahami kondisi masyarakat yang mudah mempercayai dan terpengaruh dengan filem dan drama yang ditayangkan. Lihatlah sahaja pengangan Ayat-ayat Cinta dahulu, sehinggakan 'nick-name' pun ditukarkan kepada "mas-fahri". Sekarang aura Nur Kasih dan Ketika Cinta Bertasbih.
    Ulamak berfikir bukan untuk diri mereka tetapi untuk maslahat masyarakat umum. Saya sangat sedih mendengar kalam arab tuan rumah saya yang bekerja sebagai peguam, beliau berkata kerja peguam sangat memenatkan tidak seperti mufti yang hanya duduk rehat sahaja. Didalam hati saya berkata, bahkan Mufti lebih sibuk kerana dalam mindanya hanyalah masalah ummat, bukan dirinya sendiri, pandangan serta kata-katanya menjadi pegangan dalam agama setiap orang, peguam hanya memikirkan masalah client yang mengupahnya, bukan semua manusia.
    Justeru, kalam ulamak perlulah kita teliti dahulu, bukannya jika kita kurang berpuas hati terus mengkritiknya.

Kiamat :
    Allah telah memberikan khabaran kepada seluruh manusia sejak dari zaman nabi-nabi terdahulu bahawa akan adanya hari pembalasan. Dunia ini hanya sementara manakala akhirat itulah yang kekal abadi. Pemisah antara kedua-duanya adalah kiamat. Bagi kita Ummat Muhammad SAW kiamat ada dua jenis iaitu kiamat besar atau kiamat hakiki iaitu penghujung umur alam ini seluruhnya, dan kiamat kecil iaitu mati. Mati pula ada dua jenis, mati kecil iaitu tidur dan mati sebenar.
    Perkara mengenai kiamat tiadalah sesiapa tahu secara yakin bilakah berlakunya. Ada diriwayatkan dalam hadis bahawa Nabi SAW hendak mengkhabarkan kepada sahabat baginda bilakah berlakunya kiamat, namun ada dua sahabat yang bertelagah meneka-neka tentangnya sehinggakan nabi SAW murka dan perkara itu terus dirahsiakan.
    Hadis Jibril menguatkan perkara ini, apabila Jibril bertanyakan Nabi SAW tentang kiamat, nabi menjawab yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya, kemudian Jibril bertanyakan tentang tanda-tanda kiamat. Jika Nabi SAW tahu tentang kiamat maka Nabi SAW akan mengkhabarkannya kerana sifatnya yang menyampaikan tidak mungkin akan menyembunyikan. Tambahan pula, hadis Jibril ini menurut pandangan ulamak adalah antara hadis-hadis terakhir sebelum wafatnya Nabi SAW, jika hadis ini di awal perlantikan beliau sebagai rasul maka boleh jadi nabi belum mengetahuinya kerana Allah belum mewahyukan kepadanya.

Sedikit Tentang Hukum :
    Apabila ada seseorang mendakwa dia mengetahui bilakah kiamat, maka dia adalah pendusta kerana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tetapi apabila seseorang mengatakan bahawa kiamat telah hampir maka dia benar kerana kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman merupakan petanda awal hampirnya kiamat.

Keadaan Kiamat :
    Ada diceritakan di dalam al-Quran dan Hadis peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat. Contohnya seperti yang terdapat dalam surah-surah di juzuk yang ke-30. Hadis Nabi SAW juga menceritakan antaranya tentang al-Mahdi, Dajjal, turunya Nabi Isa AS, kekecohan yang berlaku dan semuanya dimatikan dan dibangkitkan mengikut niat masing-masing dan peristiwa-peristiwa lain lagi. Dalam hadis Isra' dan Mi'raj Nabi SAW ke sidratil muntaha bertemu Allah SWT ada diceritakan tentang kisah syurga dan neraka.

Sebelum Tibanya Kiamat :
    Sebuah buku yang pernah saya baca ada menceritakan detik-detik cemas terakhir sebelum berlakunya kiamat. Saya terlupa siapa penulisnya dan judul buku tersebut, namun penulis menceritakan secara terperinci mengikut turutannya berdasarkan kefahaman beliau dengan sandaran hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran.
    Kiamat tidak berlaku sebelum tibanya dajjal laknatullah. Menurut satu sumber rahsia (*bawah tanah) yang belum dapat dipastikan kebenarannya mengatakan dajjal telah muncul di muka bumi dan sedang mempersiapkan tenteranya sebelum menzahirkan dirinya sebagai dajjal. Kononnya dia di german pada masa itu (*maklumat yang saya perolehi pada awal 2007) dan akan ke Russia serta China. Macam sama sahaja dengan filem 2012 yang menunjukkan manusia semuanya pergi ke Negara China.
    Dajjal ini akan diperangi oleh al-Mahdi al-Muntazar yang lahir dari keturunan Ahli Bait Nabi SAW. Beliau hanyalah manusia biasa yang akan dibai'ah oleh wali-wali di hadapan Kaabah Baitullah di Makkah. Tiada sesuatu yang pasti mengenainya namun kewujudannya adalah pasti secara mutawatir apabila dihimpunkan hadis-hadis mengenainya. Begitu juga dajjal laknatullah yang pasti kewujudannya secara mutawatir keseluruhan hadis.
    Al-Mahdi al-Muntazar tidak dapat menewaskan dajjal serta tenteranya. Sehingga mereka terkepung di suatu kawasan selama beberapa tempoh. Dikatakan bahawa dalam tempoh kepungan itu akan muncul seseorang dari pasukan al-Mahdi pergi bertemu dajjal. Justeru dajjal menyerunya supaya mengakui dia sebagai tuhan dan menyertai pasukannya. Lelaki tersebut tidak mahu lantas dajjal membunuhnya dan menghidupkannya semula dan mengulangkan seruannya. Lelaki itu dengan lantang menjawab, bahkan aku lebih yakin engkau adalah dajjal laknatullah dan pendusta.
    Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Allah Isa AS. Beliau akan membunuh dajjal dan seterusnya bersama-sama tentera al-Mahdi membuinuh semua orang kafir, babi dan memerintah dunia dengan aman dan makmur menggunakan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Semua manusia pada masa itu beriman kepada Allah dan dunia menjadi aman seluruhnya selama beberapa tempoh.
    Kemudian setelah kewafatan Isa AS dan al-Mahdi, manusia semakin menjauhi syariat dan semakin sesat. Islam menjadi dagang semula. Yang beriman terus dijemput Allah menghadapnya sehingga akhirnya Allah mengutuskan sejenis bayu yang lembut bertiup mencabut nyawa saki baki manusia yang beriman maka tinggallah yang kufur serta sesat bermaharajalela di muka bumi dengan melakukan kerosakan.
    Dan pengakhirannya dunia akan musnah, digulung dan dilipat, langit merekah dan pecah, bintang-bintang berguguran, dan seluruh alam semesta musnah.

Kiamat dan 2012 :
    Kita semua tidak mengetahui bilakah kiamat, mungkin esok, lusa, mungkin minggu hadapan, atau bulan hadapan, atau tahun hadapan, atau 2012. Atau mungkin juga selepas 2012. Justeru filem 2012 hanyalah halwa mata untuk berhibur. Sambahan pula filem 2012 yang telah saya tonton ada dua versi. Takkanlah kiamat besar berlaku dua kali. Versi pertama adalah beberapa hari sebelum hebohnya virus selsema babi di mexico yang berbetulan filem itu mengisahkan hanya satu tempat di mexico iaitu kuil purba yang akan terselamat dari kiamat. Menarik !! lari dari kiamat dapat bala babi yang menunggu.
    Yang keduanya, kapal besar yang dibina di Tibet/china bagi menghadapi banjir besar yang akan menenggelamkan seluruh dunia. Apa pula yang akan berlaku di Tibet/china ya?
    Kedua-dua versi tidak menggambarkan kiamat seperti yang diterangkan di dalam Islam. Masih ada yang terselamat dan dunia tidak hancur. Hanya bencana alam yang sangat dahsyat yang merosakkan seluruh dunia, akibat dari perbuatan tangan manusia sendiri. Sebelum dari ini telah diterbitkan Armageddon, The Day After Tomorrow dan filem-filem lain yang menunjukkan gambaran kiamat pada kaca mata orang kafir.
    Sumber yang saya katakan tadi mendakwa dajjal telah muncul juga memberitahukan kepada saya bahawa filem-filem begini dimunculkan untuk member isyarat kepada kumpulan mereka bilakah mereka akan mula bertindak. Mereka itu siapa?
    Secara ringkasnya mereka adalah tentera dajjal (anti-christ) dan mereka menggunakan proksi illuminaty, freemason dan juga jesuist bagi mengelakkan kita mengetahui mereka. Pusat kegiatan mereka adalah Vatican city, manakala yahudi dan kristian hanyalah untuk mengaburkan mata kita kerana mereka menentang sebarang agama, bagi mereka tuhan adalah dajjal.
    Filem-filem dijadikan media untuk mereka me-rekrut-kan tentera-tentera dajjal. Mereka menguasai ilmu mengawal minda separa sedar dan bawah sedar yang diaplikasikan dalam filem-filem mereka. Simbol-simbol digunakan bagi menanam fikrah dan ideology mereka. Akhirnya dengan mudah dajjal dating kepada manusia dan menyeru, maka ramailah berbondong-bondong terpengaruh serta tertarik dengan dakyahnya. Pernahkah anda lihat orang yang dipukau atau hipnotis?
    Filem juga menjadi pengantara untuk menyalurkan maklumat secara rahsia. Jika kita lihat kajian-kajian yang dilakukan, banyak menunjukkan kaitan antara filem terdahulu dengan bencana yang kemudiannya berlaku. Contoh yang paling jelas adalah ‘September eleven’. Secara kasarnya 2012 nanti akan berlakulah sesuatu yang dahsyat yang mereka rancangkan. Mungkin dajjal menzahirkan dirinya, mungkin peperangan yang besar meletus, mungkin juga mereka telah meramalkan bencana alam yang dahsyat mungkin akan berlaku di seluruh dunia. Dan kemungkinan-kemungkinan semuanya hanyalah andaian yang belum dapat dipastikan kebenarannya.

Persediaan Menghadapi 2012 :
    Berbalik kepada tajuk utama, apa yang perlu kita sediakan bagi menghadapi 2012 ?
    Sepanjang perbincangan kita tadi, tiada siapa mengetahui bilakah kiamat, maka persediaan untuknya haruslah disediakan setiap masa. Mungkin kita akan mati sebentar lagi dan mungkin kita insan terakhir dijemput bertemu ilahi dari kalangan mukminin sebelum kiamat berlaku.
    2012 dan perancangan jahat musuh Islam. Kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu kerana ilmu sahajalah yang dapat membimbing kita setiap masa dan keadaan. Nabi SAW juga memberikan jaminan kejayaan di dunia dan di akhirat hanya dengan ilmu.
    Harta dan Bekalan Makanan. Kerajaan haruslah memiliki rancangan persediaan bagi menghadapi musibah. Kerajaan perlu berjimat cermat dan tidak boros agar simpanan harta negara mencukupi jika berlaku sesuatu bencana dan musibah yang tidak diingini. Rakyat juga perlu melatih sikap berjimat cermat supaya tidak terkesima menghadapi sebarang kemungkinan. Kesihatan dan kecergasan perlu dijaga agar tetap bertenaga dalam sebarang keadaan.

Allahu A'la wa A'lam.

11 Disember 2009
24 Dzulhijjah 1430
2130 malam | Jumaat/Sabtu
Hussein, Kaherah.

0 comments:

Catat Ulasan

Photobucket

Senarai Blog

Blog List

BADAR KISAS

Yahoogroups Alumni Kolej Islam

Senarai Blog

Bloggers Blogs


  © Blogger template Limau Manis by AJI-UTK

Back to TOP