Photobucket
Google Detik Perjuangan

Perkongsian Fikrah

Siap Sedialah, IP adress anda telah dikenalpasti..!

IP

Etika Menulis dan ber'BLOG'

>> Selasa, 22 Disember 2009

sebagai panduan kita, kami petik dari dua blog lain (IR Farahdina dan Zhuliana) kerana kami sendiri tak sempat menulis (-,-)
>> baca lagi <<


-=-=-=-=-=-=-=-

Saya ada banyak masa untuk menulis tentang blog ini dan blog itu...tapi ini ikhlas, bukan sindiran

Saya ada banyak masa. Di Malaysia sudah ada sistem percubaan untuk bekerja dari rumah. Mungkin bisa menjimatkan masa, mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tapi saya yang di Dubai ini tetap ada banyak masa walaupun kadangkala kerja dari apartment comel ini, kadangkala kerja di pejabat, kadang-kadang perlu ke site, kadang-kadang kena masuk makmal. Kadangkala perlu masuk mesyuarat.Tapi saya tetap ada banyak masa. Sebab itu saya menulis dalam bukansyadid ini. Sebab saya ada MASA.

Walaupun saya ada banyak masa, saya tetap kurang gemar menulis di shoutbox orang (kadang-kadang sahaja, kurang 10 kali mungkin-sekadar ucapan selamat dan penghargaan balas kepada yang pernah berkunjung, beremel, berYM dan mengcomment di dalam bog saya yang biasabiasa sahaja ini-sepanjang penglibatan dalam arena berblog ini) ini kerana saya tidak suka mencuri masa orang untuk membaca dan membalas kembali mesej saya.

Saya juga jarang mengcomment pada blog orang lain, kecuali saya rasa betul-betul perlu pada situasi-situasi dan topik-topik yang berjaya mencuri perhatian saya, contohnya saya menulis comment pada blog Saudara Ir Hafiz (kredit kepada beliau) kerana idea penulisannya yang bernas dan topik-topik yang dibawakannya tidak statik (berdefinisi luas) dan bisa menarik perhatian orang seperti saya ini. Seingat saya cuma blog beliau sahaja yang berjaya menggugah perhatian saya untuk memberi comment, berbincang dan bertukar pendapat sedikit sebanyak berkongsi ilmu dan pengetahuan. Saya sukakan yang kontemporari tetapi masih ada elemen konvensional. Dakwah dan isu semasa tidak terlalu tepu. Bersifat bersahaja dan sedikit sahaja peratus cerita peribadi dan emosional. Walaupun mungkin ciri yang seperti itu tiada di dalam bukansyadid ini.

Sebab itulah saya tidak memperkenalkan ruangan shoutbox/chatbox pada blog saya. Dan segala jenis comment juga perlu saya approvekan dahulu. Ini kerana saya tidak suka mencuri masa orang lain dan juga masa saya sendiri pada pendapat yang enteng dan main-main. Bukan saya mahu mempertikaikan orang yang meletak shoutbox dan apa-apa lagi yang sealiran dengannya atau juga saya mahu terlalu berserius (kerana dalam beberapa entry kebelakangan ini juga saya melancarkan beberapa entry bersifat peribadi), remaja perlu ruang untuk meluahkan rasa, orang dewasa juga begitu. Saya mungkin berada di tengah-tengah dengan status saya ini (sedikit remaja dan sedikit dewasa).

Meletak shoutbox atau chatbox itu tidak salah, tiada masalah, tiada halangan. Letaklah di dalam blog sesiapa sahaja, mengikut citarasa tuan pemiliknya. Tetapi ini adalah pendapat saya, citarasa saya. Saya merasakan dan melihat perkara ini sebagai tempoh membina kematangan,mendewasakan (sedikit sebanyak) corak pemikiran dan sifat keterbukaan yang ada dalam diri.

Oleh yang demikian saya mahu mendefinisikan blog saya ini sebagai langkah menuju kematangan dan kedewasaan. Menulis dengan meletakkan sepenuh tanggungjawab dalam diri. Menulis dengan menghormati etika sebagai penulis dan menghormati hak-hak orang lain terhadap blog mereka. Menulis dengan berani, kemudian berani pula menerima natijah di atas penulisannya. Bukan menulis kemudian main sorok-sorok tangan (atau keyboard). Menulis kemudian main tuding-tuding jari. Perkara seperti ini salah dan tidak elok diamalkan ye adik-adik!

Sedikit pesanan daripada saya sebagai bekas penuntut universiti yang pernah merasa saat-saat indah bergelar mahasiswa di universiti dalam dan luar negara. Berblog itu tiada salahnya. Tapi jangan sampai berblog itu menyebabkan anda tidak lulus periksa. Saya berblog, berblog juga. Hujung bulan gaji jalan, sampai tarikh submit kerja saya siap. Kadangkala dihantar syarikat antarabangsa ini untuk bekerja di negara lain, menimba pengalaman, bertemu orang asing bukan Islam yang boleh kagum dengan pencapaian saya sebagai satu-satunya jurutera muslimah yang bekerja dengan syarikat ini. Yang pengalaman seperti itulah insya Allah akan saya paparkan di dalam blog ini, bukan dengan niat mahu meninggi diri, tetapi mungkin sebagai inspirasi kepada orang-orang yang mahu menjadikannya inspirasi kecil dalam diri mereka bahawa orang Islam juga boleh menjadi perintis kepada teknologi yang lebih syari'e (tidak mahukan anda mengembalikan kegemilangan tradisi ilmu Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan Saidina Ali?) . Berblognya saya, pada sesi konvokesyen sarjana muda dahulu memperoleh anugerah pelajaran diraja. Tempoh pengajian sarjana saya juga berlangsung dengan baik. Dan kini dalam proses untuk menapak lebih jauh lagi.Berblognya saya juga, alhamdulillah tamat juga hafazan 30 juzuk Al Quran beberapa tahun dahulu.

Berblognya anda (terutamanya para penuntut universiti dalam dan luar negara) berblog yang bagaimana? Pelajaran bagaimana? Jangan diabaikan ye. Ingat, belajar itu ibadah dan amanah. Waima anda mahu berdakwah di dalam blog anda, tetapi pelajaran anda juga ada haknya ke atas anda. Jika anda gagal dalam pelajaran (mungkin kerana terlalu berblog) bagaimana perasaan ayah dan ibu anda di kampung? Jika anda pemegang biasiswa pula bagaimana? Ingat! Wang biasiswa adalah wang rakyat. Bukan semata-mata kerana anda sangat cemerlang di dalam SPM sehingga ditawarkan biasiswa. Tetapi ianya semua adalah kerana amanah. Amanah yang terpikul di bahu anda adalah sebagai pelajar. Bukan blogger. Anda diberi biasiswa, dibelikan laptop kerana anda pelajar. Bukan blogger.

Saya juga dibayar gaji, diberikan laptop canggih berjenama HP kerana saya adalah jurutera syarikat petroleum antarabangsa ini, bukan blogger. Saya perlukan laptop HP canggih (yang diberi BP ini) untuk urusan kerja, persidangan video (video conference and meeting) dengan ketua jurutera di UK, pembentangan kertas kerja di dalam mesyuarat. Keperluan pekerjaan saya (ingat! kerja juga adalah ibadah dan amanah-sama seperti belajar) adalah berbeza dengan keperluan saya dalam arena perblogan. Kerana itulah untuk hal-hal peribadi, menulis blog, melayan facebook, membaca emel saya gunakan laptop DELL cikai ini sahaja. Asbabnya, laptop DELL cikai ini saya beli dengan duit sendiri, dan laptop HP yang canggih itu pula kepunyaan syarikat.

Jadi berblog itu seharusnya berpada-pada. Jangan sampai anda tidak cemerlang kerananya. Kalau benar yang dikejar tidak dapat, yang dikendong jangan biar sehingga tercicir pula.

Jadilah blogger yang bertanggungjawab dan ikhlas menjaga ibadah dan amanah. Peliharalah etika dan prinsip penulisan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pelajaran
(bagi pelajar) dan pekerjaan (bagi pekerja). Ingat! Orang memang selalu meletak harapan yang tinggi kerana mereka nampak potensi yang kita miliki, tetapi kita yang selalunya akan memusnahkan secara perlahan-lahan potensi yang ada dalam diri tanpa kita sedari.(",)


-=-=-=-=-=-=-=-

::|| aDakah kiTa berEtiKa daLam DuniA pENuLisaN BLog??? ||::


Kalau kita lihat hari ni, ramai pengguna internet di Malaysia yang telah mempunyai blog. Tak kiralah blog itu berdomain percuma ataupun berbayar. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi blogger.

Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri?

Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang blogger, kenalah berpegang teguh pada ajaran agama, tatasusila dan budaya . Janganlah sampai menghasut, menghina dan menjatuhkan maruah. Itu tak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.

Kini, telah diwujudkan beberapa kod etika untuk dipatuhi oleh blogger. Sebelum ni, mungkin kita tak berapa jelas atau langsung tak tahu pun tentang etika blogger ni. Apa bendanya etika-etika ni semua?

Kod etika blogger.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
2. Tidak memplagiat hasil tulisan.
3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.


Sumber kod etika : Utusan Malaysia Online

p/s: adakah saya atau blogger yang lain mengikuti etika di atas????? mesti patuhi ATAU tidak??



-=-=-=-=-=-=-=-
Detik Perjuangan menambah satu lagi etika: TAQWA kepada Allah...

P/s: adakah detik perjuangan memplagiat (cetak rompak) isi blog seperti ini ??

2 comments:

Puteri 23 Disember 2009 pada 7:43 PG  

1- masa menulis blog

terima kasih utk prigtn..
(sy ambil prigt utk plajar)
:)

2- etika penuisan blog

"Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut".

Memang jika kita melihat kepada hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara di dalam Bahagian II, Federal Constitution, seksyen 10 kurungan (1) menyebut, setiap rakyat adalah berhak dan bebas untuk berbicara, melontarkan pendapat dan seumpamanya. Dapat kita membuat rumusan awal di sini adalah blogger juga mempunyai hak untuk bersuara seperti rakyat biasa.

Namun hakikatnya bila kita merujuk pula pada seksyen berikutnya, seksyen 10 kurungan (2) menyebut, mahkamah dengan kuasanya mampu menghalang seseorang yang jika membicarakan hal-hal tertentu yang terlarang atau dikelaskan sebagai rahsia dan seumpamanya.

Ini termasuklah kesalahan jenayah komputer seperti gambar pornografi, fitnah, hasutan dan lain-lain dikira sebagai perkara yang terlarang.

Seksyen 10 kurungan (4) pula menyebut, parlimen berkuasa untuk menghalang mana-mana bicara berkaitan dengan hak, taraf, kedudukan, agama dan seumpamanya.

Jadi rumusan kedua pula dapat terhasil iaitu terdapat beberapa perkara yang mana penulis tradisional dan juga blogger tidak boleh menyentuh berkaitannya.

Maknanya di sini, blogger masih terikat. Kita masih terikat. Dalam erti kata lain yang lebih jujur dan jelas; kita tidak bebas utk bersuara!

Tanpa Nama,  29 Disember 2009 pada 11:27 PG  

Assalamualaikum,

Terutama kepada ir farahdina, saya pemilik irhafiz.wordpress.com tidak lagi dibenarkan menjejakkan kaki walaupun sebelah ke laman blog saudari.

Harap diizinkan.... hafiz.

Catat Ulasan

Photobucket

Senarai Blog

Blog List

BADAR KISAS

Yahoogroups Alumni Kolej Islam

Senarai Blog

Bloggers Blogs


  © Blogger template Limau Manis by AJI-UTK

Back to TOP