aktiviti harian bagi seorang penuntut ilmu di peringkat permulaan
>> Rabu, 30 Jun 2010
dipetik dari sini : http://almaurid.blogspot.com/2010/06/aktiviti-harian-bagi-seorang-penuntut.html
assalamualaikum
para ulama mengklasifikasikan penuntut ilmu kepada 3 peringkat
1. mubtadik (permulaan)
2. mutawassit (pertengahan)
3. mujtahid (bagi peringkat mujtahid ini pun ada pengklasifikasian yang tersendiri)
maka ketiga-tiga peringkat penuntut ilmu ini mempunyai jadual atau aktiviti harian yang berbeza dari hidup harian manusia yang lain
mereka yang betul-betul berbakti dengan ilmu,akan menjadikan mereka begitu sibuk hinggakan mereka tidak begitu menghiraukan tugas-tugas keduniaan mereka..
oleh sebab itu,Islam menjadikan mereka-mereka yang bermusafir untuk menuntut ilmu ini,antara salah satu asnaf yang layak menerima zakat kerana mereka menjadikan diri mereka berbakti untuk berjihad kepada Islam dari sudut keilmuan,begitu juga para tentera Islam yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara,mereka juga layak menerima zakat (tetapi ada perincian dalam masalah zakat kepada asnaf ini)
jadi,kalo para tentera berjihad dari sudut persenjataan,para penuntut Ilmu pula berjihad dari segi keilmuan
ini kelebihan yang ada pada Islam...jika kita amati,kita akan nampak makna tersirat disebalik pensyariatan zakat ini iaitu,setiap manusia ada rezeki masing-masing...cuma,cara dan nilai sahaja yang berbeza..
soal kaya atau miskin dalam nilai rezeki kita,itu soal kedua...kerana kaya dan miskin adalah hak Allah dalam nak menentukan..yang pnting,kita kena tahu bahawa Allah tahu keadaan yang terbaik untuk diri kita samada kaya atau miskin..yang penting rezeki kita halal dan berkat
cumanya,masalah mula timbul apabila salah satu cara pengagihan rezeki Allah ini diabaikan dan dipandang remeh..ketika ada yang mula mengambil mudah dan tidak menunaikan tanggungjawab pembahagian zakat ini dengan sebaik-baiknya,masalah pasti timbul..
maka akan timbullah isu,ditarik zakat kerana bersuara dan zakat tidak diberi dengan nilai yang sepatutnya
baik,berbalik kepada persoalan jadual penuntut ilmu...
asas jadual harian bagi penuntut ilmu yang diperingkat permulaan seperti yang disenaraikan oleh Syeikh 'Aid Al-Qarni dalam kitab beliau,'Bagaimana untuk Menuntut Ilmu';
1. selepas solat subuh hinggalah terbitnya matahari- waktu menghafaz (menghafaz lima ayat qurani setiap hari,satu hadis Nabi,dan sebahagian kecil daripada matan-matan asas)
2. bermula selepas terbit matahari hinggalah ke zohor- sesi pengajian atau sesi pekerjaan
3. selepas zohor- pembacaan sejarah,kesusasteraan,makan tengahari dan qailulah
4. selepas asar- pemabacaan bahan bacaan seperti sebelum zohor
5. antara selepas maghrib dan isya'- ulangkaji hafalan ayat-ayat qurani,hadis dan matan
6. selepas isya'- pembacaan majalah-majalah ilmiah dan berthaqafah,kemudian tidur
hari kelima bagi setiap minggu,waktu berziarah kenalan kita dan beristirehat
hari jumaat,hari untuk mentadabbur Al-Quran,berzikir,memperbanyak amalan sunat dan selawat keatas junjungan Baginda S.A.W.
semoga kita digolongkan dalam kalangan yang bertaqwa,beramal soleh serta gigih dalam menuntut ilmu..
0 comments:
Catat Ulasan